INGIN MENDAPATKAN KIT PERCUMA UNTUK UJIAN HIV KENDIRI?
Anda hanya perlu menjawab beberapa soalan dan memberikan nombor telefon mudah alih supaya kami dapat mengirimkan kod untuk memperoleh kit ujian kendiri HIV.
Sebaik sahaja anda menerima SMS, anda boleh:
- Pergi ke mesin layan diri CONNECT pilihan anda.
- Imbas kod QR yang ternyata pada mesin tersebut atau masukkan kod mesin.
- Kemudian kit ujian akan dikeluarkan untuk anda.
Mesin Layan Diri CONNECT terdapat di lokasi berikut:
- All gender bathroom, L2, The Hub, University of Adelaide, North Terrace, Adelaide
- Level 3 (eastern wall of the main staircase to the Library), The Hub, University of Adelaide, North Terrace, Adelaide
- Pulteney 431 Sauna, 431 Pulteney Street, Adelaide
- Student Lounge, Catherine Helen Spence Building, UniSA, City West Campus, 61-68 North Terrace, Adelaide
- Student Lounge, Building A A1-45, UniSA, Mawson Lakes Campus, Mawson Lakes
- Flinders University, Bedford Park, Student Hub Level 1, Corridor 127
- Student Cafeteria, TAFE SA Regency Park, 137 Days Rd, Regency Park SA 5010
- Adjacent to the library, TAFE SA Salisbury, 16 Wiltshire St, Salisbury SA 5108
Kami juga mencadangkan anda menonton video panduan berikut sebelum menggunakan kit ujian kendiri HIV.
Ada baiknya anda mengetahui langkah-langkah untuk mengambil ujian. Video ini tersedia dengan sari kata dalam bahasa Arab, Hindi, Indonesia, Melayu, Mandarin, Sepanyol dan Vietnam.
Kit ujian kendiri mengandungi arahan dalam bahasa Arab, Hindi, Indonesia, Melayu, Mandarin, Sepanyol dan Vietnam, selain bahasa Inggeris.
Demi kemudahan anda, semua arahan yang diterjemahkan dapat dibaca di sini. Klik sahaja pada bahasa pilihan anda. Arahan akan terus dibuka atau dimuat turun.
Muat turun arahan dalam bahasa:
Inggeris, Arab, Hindi, Indonesia, Melayu, Mandarin, Sepanyol atau Vietnam
Setelah anda mendaftar untuk kit ujian kendiri HIV, kami akan menghantar tinjauan ringkas sukarela melalui SMS beberapa hari kemudian untuk bertanya tentang pengalaman anda.
SAYA TELAH MENJALANI UJIAN
Setelah menjalani ujian, anda akan menerima salah satu daripada tiga keputusan:
- Positif HIV
- Negatif HIV
- Ujian bermasalah
Kadangkala ujian mungkin salah, maka sebarang keputusan positif perlu disusuli dengan ujian darah oleh seorang doktor.
Keputusan positif HIV dengan kit ujian ini bermakna antibodi telah dikesan pada tubuh anda dan anda perlu menjalani ujian sampel darah untuk mengesahkan anda positif HIV. Antibodi dihasilkan oleh tubuh apabila HIV memasuki aliran darah.
Jika inginkan seorang SAMESH Peer Navigator (Rakan Pembimbing SAMESH) untuk membantu anda semasa mendapatkan ujian susulan, sila hubungi: 0429 179 908
Anda juga dapat menjalani ujian di mana-mana tempat berikut:
- SHINE SA ialah penyedia khidmat penjagaan primer dan pendidikan tidak mengambil untung bagi kesejahteraan seksual dan hubungan. SHINE SA menyediakan khidmat penilaian klinikal, rawatan dan kaunseling perubatan dan diterajui jururawat. Hubungi 8300 5300 untuk bercakap dengan pegawai atau membuat janji temu, atau buatlah janji temu dalam talian di: https://shinesa.org.au
Semasa menempah janji temu, pastikan anda memberitahu kakitangan bahawa anda menggunakan kit ujian kendiri daripada mesin layan diri CONNECT. - Pusat Kesihatan Seksual Adelaide menyediakan khidmat sulit dan percuma. Khidmatnya termasuk nasihat, pengujian dan rawatan untuk semua jangkitan melalui seks (STI) termasuk HIV. Sebaik-baiknya hubungi mereka secara langsung untuk membuat janji temu. Anda perlu memaklumkan bahawa anda telah menjalani ujian kendiri HIV dan keputusannya positif: Pusat Kesihatan Seksual Adelaide | SA Health
Maklumkan kepada pegawai penyambut tamu bahawa anda menggunakan kit ujian kendiri daripada mesin layan diri CONNECT.
Jika mencari doktor yang lebih dekat dengan tempat tinggal atau pengajian anda, layari: https://www.thedramadownunder.info/find-a-clinic/
Jika perlu bercakap dengan pegawai, hubungi mana-mana perkhidmatan ini melalui telefon atau e-mel ini untuk mendapatkan sokongan:
- SAMESH menyediakan sokongan, pendidikan dan latihan tentang Kesihatan Seksual dan HIV untuk lelaki yang berhubungan seks dengan lelaki dan mereka yang menjalani hidup dengan HIV, serta perkhidmatan untuk komuniti LGBTIQ umumnya di Australia Selatan: https://samesh.org.au
- SHINE SA ialah penyedia khidmat penjagaan primer dan pendidikan tidak mengambil untung bagi kesejahteraan seksual dan hubungan. SHINE SA menyediakan khidmat penilaian klinikal, rawatan dan kaunseling perubatan dan diterajui jururawat. Hubungi 8300 5300 untuk bercakap dengan pegawai atau membuat janji temu, atau buatlah janji temu dalam talian di: https://shinesa.org.au
- PEACE Multicultural Health Services bekerjasama dengan golongan berbagai latar belakang budaya dan bahasa (CALD), tidak kira status visa. Perkhidmatan mereka termasuk: MOSAIC; Khidmat sokongan bawaan darah yang bertumpu pada kesihatan dan kesejahteraan emosi mereka yang hidup dengan HIV dan Hepatitis Virus, serta terjejas olehnya; dan Indaba SA, program khusus untuk wanita yang hidup dengan HIV, atau menghadapi risiko dijangkiti olehnya: PEACE Multicultural Services – Peace Australia South Australia (rasa.org.au)
- Relationships Australia South Australia ialah organisasi masyarakat yang tidak mengambil untung dan sekuler, yang menyediakan pelbagai perkhidmatan, termasuk telekesihatan, bagi kaum rentan dan kurang berkemampuan: Telehealth – Relationships Australia South Australia (rasa.org.au)
- QLife menyediakan sokongan dan rujukan sesama komuniti LGBTI secara tanpa nama melalui telefon dan sembang web. Khidmat QLife disediakan secara percuma oleh sesama ahli komuniti LGBTI yang terlatih, dari jam 3 petang hingga 12 tengah malam setiap hari: Get Help (qlife.org.au)
Jika perlu bercakap dengan seseorang di luar waktu urusan, sila hubungi LIFELINE 13 11 14. Khidmat disediakan 24 jam sehari 7 hari seminggu. LIFELINE menyediakan khidmat melalui telefon, teks dan sembang dalam talian bagi mereka yang menghadapi krisis.
Keputusan negatif bermakna tiada antibodi dikesan dan anda boleh yakin bahawa anda tidak dijangkiti HIV. Antibodi dihasilkan oleh tubuh apabila HIV memasuki aliran darah.
Namun, bagi segala ujian HIV, anda perlu memikirkan jangka masa berkesan (window period). Jangka masa berkesan ialah tempoh yang diperlukan sejak HIV memasuki tubuh hingga antibodi dihasilkan dan dapat dikesan oleh ujian. Bagi kit ujian kendiri HIV Atomo, jangka masa berkesan adalah tiga bulan. Ertinya, ujian mungkin tidak mengesan jika virus HIV memasuki tubuh anda dalam tempoh tiga bulan yang lalu.
Jika berasa diri anda terdedah kepada HIV dalam tempoh tiga bulan yang lalu, penting anda bercakap dengan doktor atau pergi ke klinik kesihatan seksual untuk menjalani ujian sampel darah.
Lelaki yang berhubungan seks dengan lelaki disyorkan menjalani ujian bagi HIV dan STI lain setiap 3 bulan, dan sekurang-kurangnya sekali setahun.
Bagi wanita, dicadangkan menjalani ujian HIV sekurang-kurangnya sekali setahun, dan jika berasa anda mungkin telah terdedah kepada HIV.
Jika ujian bermasalah atau keputusan tidak jelas, sebaiknya ujian lakukan sekali lagi, atau disusuli dengan ujian sampel darah yang diambil oleh seorang doktor. Ujian itu akan menunjukkan sama ada anda dijangkiti HIV atau tidak.
Anda boleh mendapatkan ujian di mana-mana tempat ini:
- SHINE SA ialah penyedia khidmat penjagaan primer dan pendidikan tidak mengambil untung bagi kesejahteraan seksual dan hubungan. SHINE SA menyediakan khidmat penilaian klinikal, rawatan dan kaunseling perubatan dan diterajui jururawat. Hubungi 8300 5300 untuk bercakap dengan pegawai atau membuat janji temu, atau buatlah janji temu dalam talian di: https://shinesa.org.au
Apabila membuat janji temu, beritahu pegawai bahawa anda telah menggunakan perkhidmatan CONNECT, supaya tidak dikenakan bayaran. - Pusat Kesihatan Seksual Adelaide menyediakan khidmat sulit dan percuma. Khidmatnya termasuk nasihat, pengujian dan rawatan untuk semua jangkitan melalui seks (STI) termasuk HIV. Sebaik-baiknya hubungi mereka secara langsung untuk membuat janji temu: Pusat Kesihatan Seksual Adelaide | SA Health
Jika mencari doktor yang lebih dekat dengan tempat tinggal atau pengajian anda, layari: https://www.thedramadownunder.info/find-a-clinic/
Anda boleh mendapatkan lagi kit ujian kendiri HIV pada bila-bila masa di Mesin Layan Diri CONNECT.
PENERANGAN TENTANG HIV
HIV adalah singkatan Human Immunodeficiency Virus (Virus Kekurangan Keimunan Manusia). Virus ini menyerang sistem imun anda. Sistem imun membantu menjaga kesihatan anda dan melawan penyakit seperti selesema atau flu.
HIV bukanlah AIDS, tetapi jika dibiarkan tanpa diagnosis dan rawatan, HIV dapat menjadi AIDS.
AIDS adalah singkatan untuk Sindrom Kekurangan Keimunan Diperoleh. Sindrom ini terjadi apabila sistem imun amat terjejas sehingga kita jatuh sakit teruk.
Untuk penerangan lanjut tentang HIV dan AIDS, sila layari https://hivstillmatters.org/
Untuk penerangan tentang HIV dan STI lain dalam bahasa selain bahasa Inggeris, sila layari: http://allgood.org.au/languages/
HIV paling lazim berjangkit daripada seorang ke seorang semasa hubungan seks tanpa kondom. Semasa hubungan seks tanpa kondom, HIV berjangkit dari seorang ke seorang melalui bendalir tubuh, seperti air mani, lendir dubur atau lendir faraj.
HIV juga dapat berjangkit melalui darah apabila berkongsi peralatan untuk menyuntik dadah.
HIV juga boleh berjangkit daripada ibu kepada anak semasa hamil, bersalin atau menyusu.
HIV dirawat dengan ubat. Ubat ini menghalang HIV daripada menyerang sistem imun, supaya anda tetap sihat. Ketahui lebih lanjut tentang rawatan HIV di sini: https://www.treathivnow.org.au/
Kini terdapat lebih banyak cara berbanding dahulu untuk mencegah HIV, termasuk:
- Kondom, yang menghalang bendalir masuk ke dalam tubuh: https://what-works.org/condoms/
- Profilaksis Prapendedahan (PrEP), iaitu pil yang diambil sebelum hubungan seks bagi menghalang HIV masuk ke dalam tubuh: https://what-works.org/prep/.
- Profilaksis Pascapendedahan (PEP), iaitu pil yang diambil selepas hubungan seks untuk membantu menghalang HIV masuk ke dalam tubuh. PEP perlu digunakan dengan segera selepas terdedah kepada HIV supaya berkesan: https://what-works.org/pep/.
- Bagi mereka yang hidup dengan beban virus sangat rendah (Undetectable Viral Load), ubat diambil demi mengurangkan jumlah HIV dalam tubuh supaya tidak berjangkit semasa hubungan seks, walaupun tanpa kondom: https://what-works.org/uvl/.
Untuk penerangan tentang menjalani hidup dengan HIV: https://samesh.org.au/hiv-health/newly-diagnosed/ atau menonton perbualan mereka yang telah mengalaminya, layari HIV Still Matters
PENERANGAN TENTANG PENGUJIAN HIV
Ujian HIV dan STI lain penting dijalani secara berkala, terutama jika anda melakukan hubungan seks tanpa kondom, mempunyai lebih daripada seorang pasangan, atau bertukar-tukar pasangan. Mujur sekarang terdapat beberapa cara untuk mendapatkan ujian HIV.
- Anda boleh mendapatkan ujian darah dengan berjumpa doktor atau ke klinik supaya sampel darah diambil dengan jarum dan dihantar untuk ujian.
- Anda boleh mendapatkan ujian cepat di sebuah klinik atau perkhidmatan. Darah diambil dengan tusukan jari dan keputusan diperoleh dalam masa 20 minit.
- Anda boleh menggunakan kit ujian kendiri cepat bagi HIV. Dapatkan kit ujian dan lakukan ujian sendiri dengan setitis darah daripada jari. Keputusan ujian diperoleh dalam masa 20 minit.
Rapido! ialah perkhidmatan ujian HIV cepat yang diterajui sesama ahli komuniti dan dikendalikan oleh SAMESH. Perkhidmatan ini buka pada hari Isnin dari pukul 3 petang hingga 6 petang. Hubungi (08) 7099 5300 untuk membuat janji temu, atau datang sahaja pada waktu urusan dan tunggu fasilitator pertama yang hadir https://samesh.org.au/services/rapido-rapid-hiv-testing/
Pusat Kesihatan Seksual Adelaide menyediakan khidmat sulit dan percuma. Khidmatnya termasuk nasihat, pengujian dan rawatan untuk semua jangkitan melalui seks (STI) termasuk HIV. Sebaik-baiknya hubungi mereka secara langsung untuk membuat janji temu. Anda perlu memaklumkan bahawa anda telah menjalani ujian kendiri HIV dan keputusannya positif. Pusat Kesihatan Seksual Adelaide | SA Health
SHINE SA ialah penyedia khidmat penjagaan primer dan pendidikan tidak mengambil untung bagi kesejahteraan seksual dan hubungan. SHINE SA menyediakan khidmat penilaian klinikal, rawatan dan kaunseling perubatan dan diterajui jururawat. Hubungi 8300 5300 untuk bercakap dengan pegawai atau membuat janji temu, atau buatlah janji temu dalam talian di. https://shinesa.org.au
Untuk mencari lokasi yang lebih dekat dengan anda, gunakan fungsi gelintar di https://www.thedramadownunder.info/find-a-clinic/
Untuk penerangan lanjut tentang pengujian HIV dan STI yang lain, layari https://www.thedramadownunder.info/testing/
SOKONGAN DAN PERKHIDMATAN
- Rapido! ialah perkhidmatan ujian HIV cepat yang diterajui sesama ahli komuniti dan dikendalikan oleh SAMESH. Perkhidmatan ini buka pada hari Isnin dari pukul 3 petang hingga 6 petang. Hubungi (08) 7099 5300 untuk membuat janji temu, atau datang sahaja pada waktu urusan dan tunggu fasilitator pertama yang hadir: https://samesh.org.au/services/rapido-rapid-hiv-testing/
- Pusat Kesihatan Seksual Adelaide menyediakan khidmat sulit dan percuma. Khidmatnya termasuk nasihat, pengujian dan rawatan untuk semua jangkitan melalui seks (STI) termasuk HIV. Sebaik-baiknya hubungi mereka secara langsung untuk membuat janji temu. Anda perlu memaklumkan bahawa anda telah menjalani ujian kendiri HIV dan keputusannya positif: Pusat Kesihatan Seksual Adelaide | SA Health
- SHINE SA ialah penyedia khidmat penjagaan primer dan pendidikan tidak mengambil untung bagi kesejahteraan seksual dan hubungan. SHINE SA menyediakan khidmat penilaian klinikal, rawatan dan kaunseling perubatan dan diterajui jururawat. Hubungi 8300 5300 untuk bercakap dengan pegawai atau membuat janji temu, atau buatlah janji temu dalam talian di: https://shinesa.org.au
- SAMESH menyediakan sokongan, pendidikan dan latihan tentang Kesihatan Seksual dan HIV untuk lelaki yang berhubungan seks dengan lelaki dan mereka yang menjalani hidup dengan HIV, serta perkhidmatan untuk komuniti LGBTIQ umumnya di Australia Selatan: https://samesh.org.au
- SHINE SA ialah penyedia khidmat penjagaan primer dan pendidikan tidak mengambil untung bagi kesejahteraan seksual dan hubungan. SHINE SA menyediakan khidmat penilaian klinikal, rawatan dan kaunseling perubatan dan diterajui jururawat. Hubungi 8300 5300 untuk bercakap dengan pegawai atau membuat janji temu, atau buatlah janji temu dalam talian di: https://shinesa.org.au
- PEACE Multicultural Services bekerjasama dengan golongan berbagai latar belakang budaya dan bahasa (CALD), tidak kira status visa. Khidmat mereka termasuk Blood Borne Virus Program (Program Virus Bawaan Darah), dan program khusus untuk membantu wanita yang hidup dengan HIV, atau menghadapi risiko dijangkiti olehnya: PEACE Multicultural Services – Relationships Australia South Australia (rasa.org.au)
- Multicultural Communities Council of South Australia (MCCSA – Majlis Masyarakat Berbilang Budaya Australia) menyediakan sokongan dan advokasi bagi golongan berbagai latar belakang budaya dan bahasa (CALD) mccsa.org.au
- Australian Migrant Resource Centre (AMRC – Pusat Sumber Migran Australia) bergiat khusus dalam bidang pemukiman peri kemanusiaan dan migran serta pembinaan dan pembangunan kemampuan masyarakat amrc.org.au
- Rainbow Directory SA menyediakan penerangan dan butir-butir perhubungan bagi perkhidmatan dan kegiatan LGBTIQA+ di seluruh Australia Selatan: www.rainbowdirectorysa.com.au
- Dale menyokong kaum lelaki dalam hubungan heteroseksual yang tertarik sesama jantina serta mengalami kerisauan dan/atau murung: www.dale.org.au
- Pride Club merupakan kelab sosial penuntut Universiti Adelaide yang mengenali diri mereka sebagai LGBTQIA+: facebook.com/Adelaide.University.Pride.Club/
- University of South Australia Rainbow Club menyediakan persekitaran kampus yang inklusif, selamat, seronok dan mesra, serta perwakilan bagi pelajar berbagai jantina, jenis kelamin dan kecenderungan seksual: usasa.sa.edu/Clubs/rainbow